Ijab & Qabul Termeterai

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers

Monday, August 31, 2009

Berbuka

aku takdak idea nak di postingkan, so aku nak kongsi ngan korang juadah berbuka yg aku nikmati pada 3 hari yg lepas...


sabtu
aku berbuka dengan laksa..one of my fav.. errmmmm seingat aku 3 mangkuk aku bedal..kekekekek..
ahad
aku try resepi 'shepherd pie' (credit to ainee), sedap dan paling best, menjadi, sgt mengenyangkan. so len kali kena buat skit ja, tak pun kena buat time raja makan ada.. baru boleh abis.. pastu mak buatkan roti jala, sbb anak dara di kejauhan pulang ke kampung halaman..
isnin
dah takdak idea nak makan apa, last2 p menjengah ke pasar ramadhan Bayan Baru.. macam2 ada.. 1st time aku jejak kaki ke sana pada bulan posa kali ni, beli nasi kerabu + masak lemak siput sedut..

gambar daku tak amik, dah abis makan, baru teringat..

belum ada kesempatan lagi berbuka di luar, dengan si butak itew, asal aku nak makan ja dia nangis, asal nangis ja time aku nak makan..huhuhuhu...

Thursday, August 27, 2009

Jalan2 carik kasut

aku baru balik dari QB.. hari ni lunch time panjang, tumpang keta ainee (tq ainee, len kali tumpang lagi)..

p QB dengan tujuan nak beli kasut..
aaiihhhhh..susah sungguh nak carik kasut yg berkenan di hati..
nak beli kasut, sbb aku dah lama stopkan hobi beli kasut ni,
sejak kawin, stok kasut2 aku makin kurang...
naper dulu2 aku rasa tak sesusah ini nak mencarik kasut idaman hati..
dolu2 aku boleh pakai kasut jenis apapun.
tapi sekarang ni nak beli kena pilih2 la plak..

antara faktor2 yg buat aku jadi susah nak beli kasut ialah:

1. berat badan - dulu2 kurus, kasut tinggi 3 inci pun aku leh bedal pakai p jalan2, tapi sekarang ni asal pakai kasut tinggi ja aku sakit belakang, nak2 klu jalan jauh2, klu dekat2 tu, aku gagahkan jugak la.. tapi klu jauh, sandal ja la yg menjadi pilihan aku..

2. anak-anak - dulu single, jalan tak bawak 'handbag', pakai kasut camna pun ok.. tapi sekarang ni jalan ngan anak2, kena la pilih kasut yg tak berapa nak tinggi, klu tak susah nak berkejaran dengan depa..lagipun si adik tu kena gilir2 dokong ngan en.somi

3. ekonomi - memandangkan ekonomi dunia sekarang ni tak berapa nak stabil makanya, aku kena kira dengan penuh ketelitian sebelum membuat sebarang proses pembelian. sbg contoh: nak beli sepasang kasut, biarlah boleh dipakai tuk raya + santai2 + ofis...

setelah mengambil kira semua faktor di atas, aku adalah gagal utk membeli sepasang kasut baru pada hari ini..

besok kena ronda p sunshine gak la.. ada one day sale..

Salam Ramadhan Al-Mubarak

salam suma...
penuh dah ngan sarang labah2 kat blog aku ni..
lama gak aku amik masa nak tulis n-3 baru..
aku ucapkan selamat berpuasa kpd suma sahabat handai kaum muslimin dan muslimat diseluruh dunia..moga2 kita semua mendapat keberkatan di bulan yg mulia ini..
ari ni dah hari yg ke-7 kita berpuasa..alhamdullillah aku berjaya berpuasa.. insyaallah hari ni dapat lagi sehari..
farah stat posa hari isnin yakni hari ke-3 posa.. posa sekerat hari ja dalam kui 11.30 gitu, dia dah sibuk mintak susu, sbb dia tengok adik dia minum susu.. kesian kat dia, aku bagi la dia susu..takpa la..lagipun umur dia baru 4 tahun..
hari selasa dia posa lagi.. hari ni aku keja, so tak leh pantau dia.. aku keja sekerat hari, balik umah, mak aku kata dia dok posa lagi..dah pukui 2.00 pm time tu.. so aku pun pujuk2 la dia, ajak wat keja sekolah (mewarna), ajak sembang2, pastu tidoq, dia jaga dlm kui 5.30pm..masih lagi boleh bertahan, ajak dia main2.. adik minum susu dlm bilik, takot dia nampak..
pastu pukul 6.00++ ayah dia balik, ajak dia g pasar malam, dia nak berbuka ngan satay, turutkan ja la.. nak bagi masa cepat skit berlalu...
dlm kui 7.00 dia dah merengek2 lapaq ayaq, mata pun cam dah nak nangis.. daku ckp ngan dia, sayang klu berbuka, kejap ja lagi, last2 ayah bawah dia g ronda2 lagi.. g 7E beli slurpee... balik aje, letak slurpee dalam peti ais, tolong aku tuang kuah kacang dlm mangkuk, terus orang azan..
byk dia makan nasik aritu.. suka kami suma tengok..
malam tu, abis suma orang yg call, dia mintak duit raya lebih...hahahahha..
acik dia upah sehari posa dapat RM5
daku upah cadar ben10, suh dia pilih sendiri,
ayah janji complete 10 hari posa, dapat kasut roda barbie..
tok mami nak kasik duit raya x-tra..
along ja dia tak berani call, suh mummy yg cakap , sbb dia malu..
arini dia tak posa lagi.. total posa 1 hari..
kekekekeke..

Friday, August 7, 2009

Hari Aku Pasti Tiba

penah tak korang semua rasa dikhianati???

dalam hidup aku, ada la beberapa kali aku rasa dikhianati. tapi kli ni aku rasa lain skit.. lebih sakit hati dan sedih...

bila aku tolong orang, aku tak penah berharap dapat balik balasan atas pertolongan aku... aku yakin, balasan pasti ada. tapi kadang2 balasan tiba dalam bentuk2 yg berbeza.. mungkin bila aku tolong orang dengan duit ringgit, Allah balas dlm bentuk kesihatan yg baik buat aku sekeluarga... insyallah.. tak semestinya tolong dengan duit, dibalas juga dlm bentuk duit gitu...

tapi hari ni, tiba2 aku terdengaq yg satu makhluk tuhan ni komen klu dia kaya suatu hari nanti, dia takut aku akan asyik mintak RM100 @ 200 dari dia... eermmmmm.. aku tak berani nak bersumpah...

tapi klu dengan rezeki aku pada hari ni, alhamdullillah, aku lalui dengan penuh kesyukuran, belum ada hari2 dimana anak2 & mak aku kena posa sbb kami takdak duit nak beli makanan..

belum ada hari2 dimana anak aku takleh boleh dipakaikan pampers, sbb kehabisan stok, dan aku takdak duit nak beli...

belum ada hari2 dimana anak aku tak minum susu, sbb susu dah kehabisan stok, dan aku takdak duit nak beli...

aku sedih bila orang anggap klu depa kaya satu hari nanti, aku akan meminta2 dengan depa...

aku sedih sbb orang yg berkata2 itu, penah aku hulurkan bantuan, dengan penuh keikhlasan dihati...

tiba2 aku rasa sgt sedih... nak menangis pun ada... terdetik dihati, mungkin manusia ini, tidak akan pernah merelakan kepala aku diletakkan dibahunya, suatu hari nanti ketika aku ingin menangis... mungkin dia akan bertepuk tangan bila aku jatuh.. mungkin dia lebih bahagia bila aku kecewa...

entah la kenapa, tapi hari ni aku rasa sgt sedih.. sedih..sedih ...sgt sedih... tak penah rasa sedih camni, since ayah aku takdak...aku rasa tersangat lah dikhianati...

tapi aku positif... Hari2 Bahagia Aku Pasti Tiba.. positif..positif... with or without him........

Sunday, August 2, 2009

PHD....

aku belajar tak tinggi, setakat diploma je. tu pun jenoh aku pulun nak abiskan.. pastu tak teringat dah nak sambung ijazah, hehehehe.. master atau PHD jauh sekali dari list cita2 aku.. (anak2 sila jgn contohi daku ye)

tapi topik ni takdak kena mengena dengan PHD yg bermaksud pencapaian tertinggi di dalam akademik...

PHD yg aku maksudkan adalah tahap pencapaian PERASAAN HASAD DENGKI yang wujud di kalangan masyarakat kita. Ni la yang merosakkan bangsa...

Kawan di pejabat aku, seorang mualaf, baru2 ni bawak few sample kuih raya tuk dijual, yakni setelah di rayu oleh kawan2 pejabat spesis aku, yang hanya suka makan kuih raya yang sedap2..

taun lepas dia bawak mai ofis kuih raya dari rumah dia, selepas hari raya, so bila aku dan kawan2 lain makan, terasa sungguh enak..hehehe.. so taun ni, kami ramai2 suh la dia tolong belikan atau soh dia tolong jadi orang tengah amik order.. boleh la dia pun amik komisyen skit.. tak kisah la..janji kuih raya umah aku taun ni sedap...

tapi tiba2 di suatu hari, dia dengan muka monyoknya mai tunjukkan surat kat aku.. surat layang.. bukan layang2 yg budak2 dok main tu..hak tu sungguh seronot.. tapi yg ni sungguh menyakitkan hati..tulisan dlm surat tu plak menggunakan slanga cina.. kesian dia. seolah2 dia di hina sbb dia cina.. aku sungguh kesian, pada aku rezeki masing2 la..mungkin orang yg hantar surat tu rasa, kawan aku ni dah potong line dia dlm biznes kuih raya.. tapi patut2 la..orang lain pun nak carik makan jugak..klu ALLAH dan tentukan itu rezeki, mesti la akan ada juga customer yg order dari dia.. tapi yg pasti surat tu tak melemahkan semangat dia.. aku pun sokong dia 100% sbb kang dia merajuk, rugi aku , tak merasa la nak makan kuih raya sedap taun ni...kohkohkoh...

so aku doakan semua makhluk tuhan dalam muka bumi ini, dijauhi dari perasaan hasad dengki, supaya kita sama2 dapat menikmati NIKMAT-NYA .. di dunia dan di akhirat.
..amin....