Ijab & Qabul Termeterai

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers

Monday, January 25, 2010

Vocab baru....


Siri 1
Farah : Mummy, may i go to toilet??
Mummy : of course.. cepat lah..
Farah: takk.. betoi tak klu nak p toilet kena kata 'may i go to toilet?'.
Mummy: ha betoi..betoi..


Siri 2.
Farah : Mummy, rectangle tu apa?
Mummy: thingking.... ermmmm, rectangle tu segi tiga...
Farah : hahahahahhaha.. tu pun tak tau ka?. rectangle tu segi empat la mummy... Circle tu apa?
Mummy: haa.. circle mummy tau. bujur cam teluq kan??
Farah : apa la mummy ni, kecik2 tak p sekolah ka? circle tu bulattt... cuba mummy sebut, C-I-R-C-L-E..
Mummy : C-I-R-C-L-E ...
Farah : betoii.. pandai mummy..

Siri 3.
Mummy : cepat farah, buat keja sekolah cepat2 skit, jgn tulih lambat2 sgt, stg dah nak tengok tv pulak..
Farah : takpa mummy, slowwy...
Mummy : ha?? slowwwy.. apa tuh?
Farah : teacher kata, tulih slowwy. tulih pelan2 la mummy...
Mummy : oooooooooooo slowly...
Farah : ha la, tu pun tak tau...

Sunday, January 17, 2010

Penang Bird Park, Bandar Sunway, Seberang Jaya

Semalam, en.somi kena kerja, family day tuk ahli koperasi di tempat kerja dia..
so dia kena bertugas mengembleng tenaga tuk menjayakan hari yg ber'sejarah' itu..

disebabkan oleh kebosanan tahap ultraman, aku ngan adik aku pun plan la nak kuaq jalan2..
plan asal nak tengok movie, ADNAN SEMPIT, tapi mak ada hal, nak melawat orang sakit, takleh la nak babysit si faris..

so tukar ke plan B, iaitu p jalan2 ronda2..
destinasi pilihan ialah PENANG BIRD PARK @ Seberang Jaya..

ok la tempat tu, tak besar sgt, tak kecik sgt, tak menarik sgt, tapi takde la tak menarik langsung..hehehe..boleh paham ke?
klu nak dibandingkan dengan taman2 burung yg aku penah p iaitu Jurong Bird Park @ Singapore n Bird Park @ Penang Hill, hak ni kira ranking tengah2 la..
paling best, byk spesis burung kat sini, macam2 ada..
yg memang aku tak penah tengok kat lagi 2 bird park yg aku penah p tu.. tu yg menarik kat sini..

tapi apapun, memang ok la..tuk memenuhi aktiviti di masa lapang..
meh kita tengok pic ok..


mula2 sampai
Tiket dewasa : RM20 sila bw mykad dapat disk. jadi RM15 sahaja
Tiket Farah : RM7.50
Tiket Faris: FOC



Burung merak ni sgt eksen masa orang nak amik gambaq dia, siap posing lagi



Faris dah keletihan, nampak ja bangku tu, terus panjat naik n duduk..

Faris try to feed d bird.

Farah sgt suka bagi burung ni makan, last sekali, burung ni gigit jari dia..
wakakakkakakaka..

Cuti Hujung Minggu

Dah lama rasanya tak update blog ni..
aku agak kesibukan skit ngan tugasan di pejabat,
disamping satu lagi tugas tambahan pada rutin harian aku
which is menghantar farah ke sekolah..
tiap2 hari Isnin sampai la Khamis, aku kena curik masa 15minit utk keluar n hantar farah..
tiap2 ari jugak, aku kena bayaq balik hutang 15 minit itu.
itu dah jadi adat la kan. utang mesti la kena bayar..
walaupun ada jugak spesis manusia dalam dunia ni, yg berhutang tapi tak reti2 nak bayaq..
apa-apapun, aku harap,
diri aku dan mereka2 yang berada disekeliling aku tidak termasuk dlm spesis ni ok..
hidup tanpa hutang, adalah antara nikmat dunia..

ok la.. aku cam dah lari tajuk dah ni..
beberapa minggu kebelakangan ni jugak, kami tersepit dengan masalah duit skit..hehehe.. poket tak berapa nk boleh recover balik la.. ni suma gara2 gaji awai masa raya  pose aritu..huhu..
merangkai2 smpi dah berapa bulan dah ni.. tak berapa mengizinkan aku dan famili berpoya2..

tapi still, aku n en.somi try jugak spend masa tuk p tempat2 yg free..
ye la penang ni, ada lagi tempat yg aku tak explore lagi..
time ni la masanya nak menikmati keindahan negeri sendiri..

so meh ikut aku jalan2 hujung minggu..
pic2 ni di snap di Taman Botani @ Botanical Garden @ Waterfall, Penang...









faris ngan farah adalah amat suka sekali dengan 'monkey-monkey' di situ..
sekarang ni kat waterfall tu dah ada 'tram', so korang2 yg malas nak berjalan-jalan sambil mengusung anak2 yg kecil tu, boleh la nek tram ni. untuk dewasa RM5 n kanak RM2, baby cam faris, free..

tapi cam biasa la, dah nama pun taman botani, sambil2 bwk anak2 jalan, korang kena jugak berhati2, sbb byk la aksi2 18sx kat sana.. ni yg aku tak gemar bawak anak2 kat tempat2 camni, jenoh dok tapis.. malu la kat pelancong2 yg mai dari luar..

itu je la aktiviti aku sepanjang minggu yg kurang duit ni..
nanti dah byk giler duit aku, aku jalan2 jauh2 skit..

Sunday, January 3, 2010

Hari Persekolahan Farah Yang Pertama

Hari ni, 4 Januari 2010 (isnin), Farah 1st day p sekolah, bangun pagi nampak bersemangat, makan karipap sebiji, minum air teh, minum susu, pastu siap2 nak g sekolah...
Masa dok lintas jalan, aku ckp ngan dia, arini tak mo nangis dah, sbb dah pakai baju sekolah, bukan budak kecik lagi, dah jadi budak sekolah...
Farah jawab, "Leh naik bas sekolah tak?, naik bas sekolah, boleh jadi Geng Bas Sekolah"..
haih.. ke situ pulak dia... aku ckp, sekolah depan rumah ja, nak naik bas sekolah nak buat hapa..
Elok sampai depan sekolah, teacher pun sapa dia, "Good Morning, Farah", terus dia sentap, pegang baju aku..ingat dalam hati, alamat dah budak ni, kang nangis lagi rasanya.. memang betoi, cebik2 muka dia, sambil bukak kasut, masuk ja dalam sekolah, depan glass door, terus menitik ayaq mata, haiiihhh.. leceh betoi la..keja lak dok byk kat ofis ni...confim, aku kena extend cuti lagi...
Sorang teacher mai pujuk, tak jalan jugak..dok pegang baju aku tak mo lepaih..
aku slow talk, kata besok petang aku amik cuti, nak bwk dia p tengok Alvin & The Chipmunks... macam dah ok skit, tapi baju still tak mo lepaih.. Lepas 10 minit camtu, sorang lagi teacher mai teguq dia, ajak naik kelas, teacher kata nak kasik gula2.. aku pun tolak2 la dia masuk thru glass door tu.. ala-2 cam kekasih nak berpisah jauh gitu.. baju aku dia lepaih skit2... hahahaha.. terus naik tangga ikut teacher, aku pun terus balik..
Masuk ofis kejap, settle 1-2 benda, kui 11.00, balik amik dia, berdebar2 lak aku rasa masa dok tunggu tu, En. Somi, kata dia mesti tak nangih, aku lak rasa cam dia menangih..haihhh.. elok2 ja teacher panggil dia keluar, tengok dia tak nangih.. LEGAAAAA.....


Balik rumah, dia citer, dia nangih sat ja, aku tanya la, teacher buat apa bila Awah nangih, dia kata satu teacher kata 'HHAIIPPP", satu teacher lagi pujuk dia.. pastu dia tak nangih dah.. teacher ajaq kaler2, ngan tunjuk gambaq binatang...



Tengok bekas ayaq dia, tak luak pun, tanya dia, awat tak minum ayaq, dia kata teacher suruh kot, tapi dia tak dengaq... asyik main ja..

Kita tengok lak, apa citer besok dia p sekolah, harap2 sumanya ok...