Ijab & Qabul Termeterai

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, August 16, 2011

Menjelang 29 Ramadhan....

Hollaaaaa.. dah 15 hari kita berpuasa. Kalau ikut kalendar Islam, taun ni faris akan berusia 3 tahun menjelang 29 Ramadhan ni..Kejap jer daku rasa masa berlalu, dah besar dah hero aku..
Meh kita tengok gelagat dia sepanjang tempoh tumbesaran beliau menjelang umur 3 tahun ni..
 (layan la pic dia...)

GELAGATNYA MASA BABY...
sejurus selepas dilahirkan

dalam pantang..dah pandai senyum..

lepas pantang, pantas ke Cameron Highland..hehehe

5 month

baby boy yg manja

Dengan Awangnya..


kena kurung, dah suka panjat..

watch tv..
 
cenyummmm + bedak sejukkkk..


aktiviti memanjat yg dilakukan sejak dari umur 9 bulan...
pandai berjalan umur 9 bulan..

GELAGAT SEJAK DAH JADI BOBOY NI

MU Fans.. watch MU vs Man City dengan ayah..
Suka makan berger McD, kadang2 pow kakak punya sekali..hukhukhuk..


mamak hencem!!!


mummy: ikan ni nama NEMO..
faris: bukan la, ni IKANNN!!!..


usaha gigih ikat tali kasut.


makan donut kat JCo

testing kasut stroberi kakak.


cameraman family kecik kami..


 
hensem boy nak p makan kenduri



spek mata mummy yg ke-5 lepas kelahiran sayaa.....

saya tak takut ular, saya terkejut bila minah vietnam tu jerit

 
check out from Paradise Hotel n Resort, Hatyai.



food tester, "sedapnya kacang tok mek goreng ni"..

NI YG LATEST SEKALI...
MEMANG HOBI DIA!!!..





Friday, August 12, 2011

SHIT!!!

Apa yg korang rasa bila baca statement ni di postkan di FB anda??

Kepada yang mengaku pak sedara, mak sedara, sepupu dan tok yang BUSY hingga tak sempat menziarah, di sini nak maklumkan bahawa ******** sudah pun dibenarkan balik setelah mendapat rawatan selama 4 hari di wad. Terima kasih kepada ****** yang jugak BUSY dengan URUSAN DUNIA tapi sanggup meluangkan masa datang dari jauh walaupun hanya sempat jumpa 5 minit pasal ziarah di luar waktu melawat. Di rumah ni, kami mengamalkan dasar PINTU TERTUTUP, jadi pada yang teringat nak melawat bila dah terkena batang hidung tu, sila lupakan niat anda....Dan pada yang tak rasa terkena batang hidung tu, don't worry, itu bermaksud, anda tak mengaku ada hubungan saudara dengan *****...so anda TERKECUALI!!!

aku memang tak teringin nak p melawat pun..

pada mak bapak budak yg buat post ni, aku rasa sudah2 la menyalahkan orang atas apa saja dugaan yang menimpa anda..
sbb masa seronok buat anak, takdak pun nak kecoh2 dlm facebook, so bila dah ada anak yang sedang sakit, jugak tak perlu la kecoh2 dlm facebook.
 
Soalan aku: sentap sgtkah klu orang tak melawat anak kita time sakit??
 
Jawapan utk diriku sendiri:
aku tak penah pun rasa nak sentap, dah sakit, handle la sendiri, anak aku masuk wad, takde kecoh2 bising suh tok, pak sedara, mak sedara suma mai, klu orang teringat mai melawat alhamdulillah, maknanya hubungan aku ngan orang yg melawat tu sgt baik. tapi klu orang tak teringat nak mai melawat, bukanlah bermaksud mereka tu musuh2 aku.. mungkin orang sibuk, atau mungkin kita sendiri pun tak penah nak melawat orang len, mungkin jugak mulut kita tu cam puaka, so, orang pun tak teringin nak mai or bersimpati, mungkin jugak sbb dah byk kali, kita kata anak kita sakit, walhal selalunya sihat walafiat, cuma suka meraih simpati..
 
Tapi bila dia quote TOK tu, aku sungguh simpati kepada sapa yg ditujukan post tu.. TOK tu juga merangkap mak atau ayah kepada si mak atau ayah yg buat posting ni, tak terfikirkah, bulan2 posa dok mengutuk mak bapak sendiri, apa hukumnya, jgn kata bulan posa, bulan tak posa pun kira DERHAKA..
 
Jgn apa yg kita buat hari ni, jadi teladan tuk anak2, besok anak2 pun layan kita cam cara kita layan mak bapak kita..
 
Utk orang yg buat posting di FB tu, beringat la.. FB tu, tatapan umum semua orang.. bila buat posting sila pakai akai, jangan dok ikut sedap rasa lidah ja..

Monday, August 8, 2011

Berita Baik!!

Salam Ramadhan ke - 9 buat semua

Update Farah puasa - cukup dah 8 hari, takde masalah setakat ni..

dan lagi....

Kakitangan awam dapat BONUS setengah bulan gaji..aku menaip sambil tersenyum lebar..
harap hujung taun dapat lagi, sbb dah lama tak dapat bonus kan..

notakaki: Jgn peniaga amik kesempatan naikkan harga barang.. tapi takat boleh berharap ja la.. harga pasti naik jugak..

Monday, August 1, 2011

1st day puasa

1/8/2011 (1 Ramadhan 1432)

1st day puasa for Farah Shazana tis year, lega she can complete it.. successfully, takde byk ragam, tak de banyak songeh... balik keja je, aku tengok dia terlompat2,  posa kah budak ni?

Tapi bila dia bagitau dia posa, aku rasa lega, dan dia nampak sihat jugak.. tak dak la lesu, mungkin sbb dah kena rasuah dibenarkan main computer games n RM1/hari.

Lepas tu, bawa dia pegi Pasar Ramadhan (PARAM), tu pun sbb dah pukul 6.45pm, dia cam dah boring2 kat rumah, dah stat nak wat drama2 lapaq dah..

Tapi yg best tu, bila sampai PARAM ja, en.somi yang lebih2 xcited. tak sempat suruh anak pilih nak berbuka dengan air apa, dia dah beli ais bandung, pastu nak beli ayam percik, pastu nampak roti arab pun cam best. pastu n pastu n pastu.. last2 apa pun aku tak bagi dia beli, over dari anak..

Farah lak relaks ja, beli kuih lapis 2, nak cukupkan seringgit aku ambik kuih gelang. tu pun takdak sapa makan....

Bangun sahur utk kali ke-2, farah makan nasi sampi habis. minum susu n tido balik, tadi pagi nampak ok..

Hari ni pulak ada kelas dancing kat sekolah, dia minta skip, tak tau la cikgu approve or not.. mintak2 lepas tuk hari ke-2...

Mintak2 dia boleh penuhkan sebulan puasa..