Ijab & Qabul Termeterai

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers

Thursday, May 20, 2010

Hargailah.....

Pernahkah kita menceritakan keburukannya kepada orang lain semasa ada hayatnya??

Pernahkah kita mencari kesalahannya semasa ada hayatnya??

Pernahkah kita mengucapkan terima kasih kepadanya semasa ada hayatnya??

Pernahkah kita menghargai jasanya semasa ada hayatnya??

Pernahkah kita bertutur yg baik-baik kepadanya semasa ada hayatnya??

Setelah dia pergi......

Menyesalkah kita kerana tidak pernah menghargai jasanya??

Menyesalkah kita kerana tidak pernah berterima kasih terhadapnya??

Menyesalkah kita kerana tidak pernah meminta maaf kepadanya??

Menyesalkah kita kerana tidak pernah menghargai kebaikannya.

Apabila dia pergi...

Rindukah kita padanya??

Terkenang-kenangkah kita kepada lawak jenakanya??

Terbayang-bayang di depan mata senyumannya??

Wahai sesiapa yg sudi membaca blog ini, daku ingin seru....

Berbaik-baiklah dengan mereka disekeliling kita.

Ucapkanlah terima kasih semasa orang yg kita sayangi ada di sisi kita

Ibu, ayah, suami, isteri, anak-anak, saudara-mara, sahabat, rakan taulan, dan orang-orang di sekeliling kita.

Hargailah mereka sentiasa..

Andai suatu hari mereka pergi, tiada hutang di hati........

(Al-fatihah buat mereka yg telah tiada)

1 comment:

  1. Peringatan yg bagus..
    kadang kita tak hargai yg di depan mata, tp bila dah tiada...kita tercari2..

    Sila ambil TAG di blog ye..tq

    ReplyDelete