Ijab & Qabul Termeterai

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers

Monday, April 25, 2011

Kisah Nasi Lemak...

Sekarang ni tengah hangat di pasaran topik Nasi Lemak diharamkan di sekolah-sekolah.

Tapi semalam dengar berita kata tak jadi diharamkan, tetapi hanya dikawal penjualannya, cth seminggu 2x je ada menu nasi lemak.. Lebih kurang sebanyak 60 jenis makanan seperti Sosej, daging burger, air perisa, air gas, kopi dan teh antara yang diharamkan.

Terfikir aku, kenapa peniaga kantin yang disalahkan dan dijadikan penyebab kepada obesiti dan diabetes di kalangan anak2 kita? sedangkan sepatutnya ibu bapa la yg mula mengajar anak2 kecil ni diperingkat awal.. dan lagi, sekiranya pengharaman dilakukan di dlm kawasan sekolah sahaja, berkesankah?? sedangkan ramai dikalangan kita sedar, byk gerai2 jual makanan ringan di luar sekolah, sementara anak2 menunggu ibu bapa datang ambil, tunggu bas sekolah, mereka berkesempatan untuk membeli jajan di luar pagar sekolah..

Tengok saja zaman sekarang, anak2 kecil dengan gula-gula, keropok dan makanan segera tak dapat dipisahkan.. sedari mula pandai bercakap, anak2 diajar dengan McD, KFC, Pizza Hut dan sebagainya..setakat makan satu meal di sekolah masa break, aku rasa effect dia tak seteruk dari yang diajar makan fast food sedari kecil..

Yg paling aku tak gemar, anak2 kecil diajar makan gula-gula, contoh di majlis kenduri kawin zaman sekarang, apa yg kita bagi sebagai barkat? klu dulu diberi telur rebus, tapi kini, diberi gula-gula, yg status halalnya aku sendiri ragui. So, mungkin lepas ni kerajaan boleh haramkan juga kot, gula-gula diberi sebagai barkat..

Klu korang penah ternotice, ada satu ketika, iklan makanan ringan diharamkan ditv.. contoh, iklan ding dang, tora dan sebagainya. Tapi lately, aku tengok iklan-iklan sebegitu ada balik di tv. Tapi dengan brand yg lebih mahal la.. contoh Twisties...

Pendapat aku: selaraskan semuanya.
1) Haramkan makanan tidak sihat disekolah.
2) Anak2 wajib membawa bekal air kosong ke sekolah.
3) Haramkan sebarang penjualan jajan atau apa-apa sahaja di luar kawasan sekolah
4) Haramkan Fast Food (walaupun diorang bayar cukai byk)
5) Haramkan iklan fast food seratus peratus di tv dan mana2 kawasan tumpuan

Friday, April 22, 2011

1st GA Zoelalisa

Ok, ni 1st time aku nak join GA dari Zoelalisa...
aku ditag oleh cik Arween
niat join adalah sebab nak support cik intan yg comei ini..
klu tak menang pun takpa


ok.. ni syarat2 utk join.

SYARAT2 :


1. Follow blog INI dan juge INI dengan suke hati :) -done


2. Tempek pic kt atas tu kt entry korg dan side bar korg. Kemudian, link semula ke blog ini.  - done

3. Tajuk entry mestilah "1st GA ZOELALISA". - done

4. Terbuka kepada semua rakyat Melesia.

5. Pemenang akan dikira berdasarkan SIAPA PALING BERTUAH (cabutan).


6. Tinggalkan jejak kt entry ini utk menyertai.


7. Tarikh tutup penyertaan : 26 April 2011


8. Tag 3 orang blogger dan pastikan mereka tahu.


1. azreen


2. as

3. zira




Monday, April 18, 2011

Hyper kah??

Tiba- tiba arini aku rasa sgt tak puas hati...
Situasi: en. somi post pic ni kat FB dia.


dan cam biasa ada la friend yg komen.

satu komen yg aku baca ialah:
Hoh....I cannot handle this...LOL...hyper gilerz

tiba-tiba aku emosi,
gambar budak 2 orang kat atas tu nampak cam hyperkah?
masalahnya statement : HYPER GILERZ tu yg buat aku bengang..
ke budak ni tak paham maksud Hyper tu..

apa-apapun, aku tak rasa sebab pregnant aku jadi sensitif,
cuma agak terkilan dengan komen yang pada aku KETERLALUAN..

nota kaki: klu nak komen gambar anak orang, jgn la guna perkataan yg sensitif. gunakan perkataan yang baik2 tuk anak2 yg masih kecil, setiap yg keluar dari mulut kita ni umpama doa.. even if they are hyper, aku still bersyukur dengan kurniaan-Nya, mereka anugerah terbaik buat aku. 

Monday, April 11, 2011

Angpow...

Gaji dah masuk pada 25.04.2011,
tapi yuran sekolah farah bertangguh tak bayar2 lagi.
selalunya paling lewat pun mesti by 5th.

Hari2 ingatkan en. somi, jgn lupa tekan duit.
besok nak bayar yuran, hinggalah pada 6th baru en.somi tekan duit.

Farah balik je sekolah petang tu terus citer,
Arini teacher nak bagi farah angpow, tapi pastu tak jadi,
Sebab, Atam dah mai bagi duit kat teacher.. klu tak mesti farah dapat angpow.

ayooo.. angpow tu.. teacher nak perli la tu awah..
bukannya teacher nak bagi angpow yg ada duit kat awah.
teacher bagi angpow tu, nak suh mummy la bagi duit kat teacher...

kesian anak aku.. ish..ish..ish..

peringatan tuk diri sendiri: jgn dok buat leka selalu bab yuran sekolah anak.. tak baik tau!!

Friday, April 8, 2011

14 November 2011

Checkup tadi, dah boleh dengar heartbeat bb.
ukuran baby 19.77 mm..

EDD : 14/11/2011
tapi Dr ckp klu 11/11/11 lagi best..tarikh cantik.
klu belum ada org booking tarikh tu, dia book kan tuk saya..
tapi tengok pada perkembangan bayi,
mungkin kena c-ser 1-2 minggu awal
1/11/11 pun ok gak..

Thursday, April 7, 2011

Bahasa....

Walaupun aku selalu jugak mengamalkan mulut laser-laser ni kan.....

tapi aku notice, ada orang tu, setiap perkataaan yg keluar dari mulut dia adalah berbunyi ala-ala sumpahan gitu..

tak baik lah gitu !!!..


Sunday, April 3, 2011

Tak Selera Lah...

Kali ni, takdak selera, tak rasa macam nak makan apa-apa pun.

Tapi bila perut kosong, pedih perut membuatkan rasa loya, tapi tak muntah pun.

Buah rasanya alternatif terbaik buat masa ni..

Tapi still paksa diri makan nasi..

Boleh pulak tambah nasik 2 kali..

Ahaks..