Ijab & Qabul Termeterai

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers

Monday, April 25, 2011

Kisah Nasi Lemak...

Sekarang ni tengah hangat di pasaran topik Nasi Lemak diharamkan di sekolah-sekolah.

Tapi semalam dengar berita kata tak jadi diharamkan, tetapi hanya dikawal penjualannya, cth seminggu 2x je ada menu nasi lemak.. Lebih kurang sebanyak 60 jenis makanan seperti Sosej, daging burger, air perisa, air gas, kopi dan teh antara yang diharamkan.

Terfikir aku, kenapa peniaga kantin yang disalahkan dan dijadikan penyebab kepada obesiti dan diabetes di kalangan anak2 kita? sedangkan sepatutnya ibu bapa la yg mula mengajar anak2 kecil ni diperingkat awal.. dan lagi, sekiranya pengharaman dilakukan di dlm kawasan sekolah sahaja, berkesankah?? sedangkan ramai dikalangan kita sedar, byk gerai2 jual makanan ringan di luar sekolah, sementara anak2 menunggu ibu bapa datang ambil, tunggu bas sekolah, mereka berkesempatan untuk membeli jajan di luar pagar sekolah..

Tengok saja zaman sekarang, anak2 kecil dengan gula-gula, keropok dan makanan segera tak dapat dipisahkan.. sedari mula pandai bercakap, anak2 diajar dengan McD, KFC, Pizza Hut dan sebagainya..setakat makan satu meal di sekolah masa break, aku rasa effect dia tak seteruk dari yang diajar makan fast food sedari kecil..

Yg paling aku tak gemar, anak2 kecil diajar makan gula-gula, contoh di majlis kenduri kawin zaman sekarang, apa yg kita bagi sebagai barkat? klu dulu diberi telur rebus, tapi kini, diberi gula-gula, yg status halalnya aku sendiri ragui. So, mungkin lepas ni kerajaan boleh haramkan juga kot, gula-gula diberi sebagai barkat..

Klu korang penah ternotice, ada satu ketika, iklan makanan ringan diharamkan ditv.. contoh, iklan ding dang, tora dan sebagainya. Tapi lately, aku tengok iklan-iklan sebegitu ada balik di tv. Tapi dengan brand yg lebih mahal la.. contoh Twisties...

Pendapat aku: selaraskan semuanya.
1) Haramkan makanan tidak sihat disekolah.
2) Anak2 wajib membawa bekal air kosong ke sekolah.
3) Haramkan sebarang penjualan jajan atau apa-apa sahaja di luar kawasan sekolah
4) Haramkan Fast Food (walaupun diorang bayar cukai byk)
5) Haramkan iklan fast food seratus peratus di tv dan mana2 kawasan tumpuan

1 comment:

  1. nasi lemak kantin tu, apa sangatlah kolestrolnya kan?
    memang tak patut di haramkan pun

    *tahniah bakal dapat ahli keluarga baru (,")*

    ReplyDelete