Ijab & Qabul Termeterai

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers

Sunday, February 27, 2011

Serba Salah

Sedang berada di makmal komputer
sedang melayari internet, tiba2 teringat nak mencatat di sini
rasa serba salah di hati..

Kisahnya, dulu ada sorang staf di sini,
telah beberapa kali ditukarkan ke sana- ke mari
tapi last sekali dia ke tempat aku.

Kami satu unit bersepakat dan berpakat
jgn la dicari kesalahannya, fokus pada kebaikan dan kebolehan yg dia ada..
ada juga yg bertanya, ada kah kebaikannya?
takkan la satu ciptaan unik dari Allah S.W.T tiada langsung kebaikannya?

Kini, walaupun dia masih lagi ada beberapa kekurangan yg masih perlu diperbaiki,
namuk ada juga kelebihan yg telah dia tonjolkan sepanjang dia disini.

Namun, tiba2 ada pula satu suara yg beria-ia nak menukarkan dia..
katanya masih terlalu byk kekurangan si dia itu.

Aku kini ragu-ragu dan serba salah.
Aku yakin dia boleh berubah.. dan telahpun menunjukkan sedikit perubahan
Namun, aku juga perlu menurut perintah..

Haih, aku ingin hilangkan rasa serba salah dengan segera.
Tak mahu rasa itu terus menghantui n spoil mood aku sepanjang minggu.

Harap dia tabah, dan menerima. Moga ada hikmah buat dia di sana..
Moga lebih berjaya dan membuktikan salah tanggapan orang terhadap dia selama ini.

No comments:

Post a Comment