Ijab & Qabul Termeterai

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, March 29, 2011

Bung Mukhtar lagi...

Lepas sejuk kisah dia berkahwin dengan dramatis terkenal putih gebu ZE tu,
kali ini Bung Mukhtar kembali dengan kisah panas semula..

Kali ini, beliau membuat kenyataan di Parlimen tentang Pemandu Wanita yang memandu secara berbahaya dan membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Dangkal sungguh akal fikiran Yg Berhormat ni.. Atas tiket rakyat melantik beliau di Parlimen, rugi pulak rasanya membawa topik yg tiada faedah seperti ini di Parlimen. Seolah-olah cuba mendapat publisiti murahan. Sepatutnya beliau membawa topik yg lebih ilmiah, dan boleh membantu rakyat.

Sudahlah berkata-kata tanpa statistik atau fakta, menunjukkan yg ilmu di kepala beliau tidak lah secerdik rakyat jelata.. Rasanya rakyat lebih bijak..Mak aku yg sekolah takat darjah 6 tu pun lebih bijak mengutarakan topik2 terkini dan ilmiah dari Yg Berhormat ni.

Bukan lah marah dengan kenyataan dia yg seolah-2 menghina wanita ini, tapi hakikatnya rata-rata kita sedar, kemalangan berlaku ada membabitkan kedua-dua jantina.  Lagipun klu nak dibandingkan dengan kemalangan maut yg dasyat2 dan menjadi tajuk-tajuk utama surat khabar,  pemandunya adalah lelaki.. (correct me if i'm wrong).

Apabila kemalangan Bus Persiaran, kita semua maklum pemandunya adalah Lelaki.
Apabila isu Rempit yg membahayakan pengguna jalan raya, penunggang motosikalnya adalah lelaki. Pembonceng aje pompuan.

Kebetulan sewaktu aku ke KL sabtu lepas, aku terserempak dengan pemandu lelaki yg memandu laju dan memotong kiri dan kanan, bersama anak kecil, yg tak diletakkan di dalam baby's car seat pun..

Tak tau la aku kalu pada pendapat YB kita ini adalah contoh pemanduan yang selamat buat semua pengguna jalan raya..

Tapi apapun aku kecewa bukan kerana YB kita kutuk pemandu wanita, tetapi kerana beliau membawa topik sebegini ke Parlimen.

notakaki: en.somi ada 9 saman.. aku cuma ada satu je..tu pun sbb tak pakai seat belt.. ahaks..

5 comments:

  1. Yg salu merempit/belumba2...laki ke pmpuan YB??

    ReplyDelete
  2. Buat kenyataan mcm tu kat Parlimen pun dapat liputan meluas. Mungkin itu matlamat dia.

    ReplyDelete
  3. setuju sangatlah kak fae.
    macam tak buat preparation lngsung nak masuk parlimen. ecee pandai pulak ila buat ayat gitu?? haha.

    jom pepakat drive berhati-hati. mengganggu pengguna lain sebab slow dari 70km/j lebih baik dari mengganggu pengguna lain atas lesen memandu secara berbahaya :D

    ReplyDelete
  4. ini kes...orang nak jadi wakil rakyat...kau pun nak jugakkkkkk

    ahaha

    ReplyDelete
  5. wani,aku jadi wakil rakyat...

    dpt si putih mulus gebusss...
    hahahah
    tu motif...

    ReplyDelete