Ijab & Qabul Termeterai

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers

Monday, September 12, 2011

Langkawi (2-3 September 2011)

Dapat jemputan ke majlis perkahwinan sahabat di ofis bertarikh 3 September 2011.
So, sempena amik mood cuti raya + balas dendam sbb nanti percutian ke langkawi bulan 10 sempena tiket free oleh AA tidak dapat direalisasikan dengan perut yg sgt sarat.

Tak jalan2 mana pun, patutnya plan asal nak pegi balik hari je, tapi bangun ja pagi Jumaat tu, En Somi kata jom la arini pegi Langkawi, aku pun tergedik2 la.. Bila dah check hotel suma still available, kami buat assumption Langkawi tak pack dengan orang ramai..

So bertolaklah kami pada pukul 12.00 tengahari ke Jeti Kuala Perlis. Sampai lebih kurang pukul 3.00 petang, dapat tiket feri pukul 5.00 petang, memang tak ramai orang, dlm 7-8 orang ja yg q tuk beli tiket..
So, lepak makan KFC, lebih kurang pukul 3.45 kami dah terpacak kat depan pintu masuk ke ferry, mana la nak tau, kot2 feri pukul 4 masih kosong.

So, 4.15, orang yg jaga feri tu bagitau ada 6 sit kosong lagi..terus kami serbu..  perjalanan dengan feri makan masa lebih kurang 1 jam.

Sewa keta Kancil (turbo beb) RM80 tapi keta ni memang best, kena bukak pintu thru bonet barang tu..hehehe.. Farah gelak gila2 bab tu.. Pastu terus check in kat Eagle Bay Hotel. Mandi manda suma, kami keluar jalan2, ronda2 tempat Honeymoon 7 taun lepas.. Utk pengetahuan, ni la kali kedua kami p sana selepas Honeymoon taun 2004. Kali ni p dengan 2 henbeg...hehehe... Terus makan malam kat Hj Jelani Restoran (tak sedap!!!) & shopping chocolate..

Balik hotel tido, esok pagi teruskan ke Gunung Mat Chinchang. Balik hotel mandi, terus ke rumah kenduri, then terus balik.. Malas aah nak taip panjang2, korang layan pic je la ye.. Pic pengantin je takde, sebb masing2 sibuk makan nasi yg sedappp...

Eagle Bay Hotel

Farah & Faris

Hasil Tangan Faris

Elok pulak Faris Snap ni..

Faris snap lagi , breakfast time

Tunggu Cable Car

Yeayy.. tak takut pun...

Rileks la ayah....

Air Terjun Telaga Tujuh - view dari Cable Car

Ayah n Anak2

Turn Mummy lak

Ok, Balik....

No comments:

Post a Comment