Ijab & Qabul Termeterai

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers

Monday, March 1, 2010

Tersepit Pintu...

Sabtu yg lalu, 27.02.2010, aku n family plan nak p bercuti di Cameron Highland, ye la since, kat Penang ni sekarang amatlah panas, so cameron adalah tempat yg aku paling suka sgt nak p..

pagi2 lagi aku dah bangun tuk siapkan barang2 suma.. siapkan beg susu, sidai kain, supaya sempat di angkat sebelum bertolak ke CH..

Pastu aku nak packing baju, farah yg asyik bermain di living hall ngan faris, tiba2 ikut aku masuk bilik, aku ckp la ngan dia. duduk la kat luar, main ngan adik, mummy amik baju kejap ja. pastu aku pun dengar la dia bukak n bunyi pintu ditutup. masa tu aku tengah tunduk amik baju dlm drawer.. tiba2.. aku dengaq "mummy, jari awah tersepit... hah!!!!! aku terkejut, pusing tengok dia dok pegang jari dia... aku pun tengok la... tup2 tengok darah dah penuh kat tangan aku..huhuhu..rupa2nya, jari dia terbelah...

terus aku lari amik towel, cover tangan dia.. sambil sebelah tangan lagi dial number HP ayah.. kelam kabut la.. ngan faris la.. masa tu farah dah tak nangis dah..dia nangis masa tengok darah ja... terus aku siapkan farah, aku pun mandi kejap ja, tak sabun bagai pun, terus siap tunggu ayah dia balik tuk p hospital...

kami singgah dulu di Klinik Pan Medic di Bayan Baru.. doctor balut luka farah n refer to GH..

di GH, farah di X-ray dan doctor sahkan tulang hujung jari telunjuk sebelah kanan dia patah. sikit saja, akan recover sendiri.. luka dijahit dan dibalut...

sebaik ja dah ok suma.. amik ubat kat farmasi. masa ini dia kata kat ayah dia.. dah ok ayah, boleh g Cameron, sbb dah janji, maka ayah dia pun bawak jugak la dia p Cameron highland... kat sana dia enjoy sgt, tak macam org sakit jari pun..
dia diam ja masa on d way to clinic.
tengah sabar tunggu doktor
selepas luka dijahit
kat Hotel Titiwangsa, CH
Rose Center, CH

oppppssss.. lupa nak ckp, mak aku takde kat penang masa kejadian ni berlaku, mak ke johor, sbb abang sulung daku jari tersepit di rantai motor.. so jari dia lebih kurang sama ngan jari farah jugak..huhuhu...

sama macam jari along Tom tak?

2 comments:

  1. tabah sungguh kakak farah ni...tak nangis ye...tapikan...daku tak dapat bayangkan camane jari dia bleh terbelah 2...tersepit camane ekkk?

    ReplyDelete
  2. hehehheee... kalau dah nk berjalan2 tu... trs dia x sakit.....

    bertuah pny budak!

    ReplyDelete