Ijab & Qabul Termeterai

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers

Thursday, February 17, 2011

Farah 6th Birthday

28/01/2011

Tanggal tarikh hari lahir Farah Shazana yg ke-6.
Tahun ni takde hadiah, takde jalan2
Yg ada hanyalah birthday pack send to her skul.
& birthday cake..specially request by her.
.
.
.
BARBIE..

Semangat baru

Tahun ni, walaupun dah masuk bulan Februari,
aku still nak bercerita tentang azam tahun baru.

Tahun ni, azam aku tak mo kurus lagi dah..
tapi berzaman nak sihatkan tubuh badan.

makanya, aku sedang berusaha untuk menjoggingkan diriku setiap hari.
kalu gagal berjogging, aku akan cuba juga mengeluarkan peluh2 tegar 
dengan jenis2 senaman yg berlainan.

aku juga telah mendaftarkan diri untuk
BARENO RUN 2011 & ENERGIZER NITE RACE 2011
harap2 berjaya.

amin...

Monday, November 1, 2010

Taik Hidung Masin

Apa yg korang paham tentang tajuk ntri kali ni?
Selalu kita dengar orang sebut 'Kedekut Taik Hidung Masin'
Aku pulak dah 2x terserempak dengan gelagat si Taik Hidung Masin ni,
dan aku pun tak la mengenali diorang ni, dan sahihlah bahawa aku tak pasti sama ada diorang ni kedekut atau pun tidak, tetapi yang pastinya mereka ini si Taik Hidung Masin kerana................

Kisah 1

Kejadian pertama berlaku semasa percutian aku ke Lumut, Pangkor dan Cameron Highland.
Tragedi itu berlaku di depan mata aku, semasa kami sekeluarga menaiki feri ke Pulau Pangkor.
Sungguh, aku nak muntah..
Seorang pemuda Cina, mengorek-ngorek taik hidung dia..

dan kemudian.........

Kisah 2

Semalam, semasa aku temankan encik somi ke tempat kerja.
sebab dia dapat call mengatakan lampu di tingkat 9 tak menyala
sebagai pekerja yang efisien dia pun p la meredah hujan untuk menyaksikan sendiri lampu yg dilaporkan tidak menyala itu sambil aku menyibuk nak ikut sama..
Semasa kereta kami berhenti di lampu isyarat,
aku pun memalingkan kepala aku, dan nampak la seorang Mat Salleh ni dalam keta sebelah.
lalu aku pun bersuara kepada Encik Somi
'Amboi, hensem sungguh Mat Salleh keta sebelah ni'
di masa yg sama juga sebelum sempat aku menghabiskan ayat di atas,
Mat Salleh ni pun mengorek hidung nya.. dan kemudian ...........

Kedua-dua jejaka di atas telah membuatkan aku ngan en.Somi nak termuntah..
sebab, sebaik sahaja diorang abis mengorek taik hidung masing-masing,
diorang memasukkan jari bekas korekan taik hidung ke dalam mulut, seolah2 merasa kemasinan taik hidung itu..

yeerrrkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk...


Nota kaki: terconfuse aku sekejap, adakah telah ada kajian mengatakan yg makan taik hidung sendiri boleh mengubati sebarang penyakit?? mana la nak tau, kot2 diorang mengamalkan tuk awet muda kah?? sungguh aku confuse, paling penting aku nak muntah..

Wednesday, October 27, 2010

Farah's Song

I like to built the world a home
and furnish it with love
grow apple tree n honey bees
and snow white turtle dove

i like to teach the world to sing
in perfect harmony
i like to hold you in my arms
and keep it company

lagu yg farah akan nyanyikan masa annual concert nanti.
entah ada lagi sambungannya, tapi aku tak berapa leh pick up sebutannya.
farah nyanyi ikut sedap mulut dia aje..hari2 dia nyanyi lagu ni sekarang..
tak sabar nak tunggu concert dia nanti.

Wednesday, October 20, 2010

Retreat = Treat Youself!!!

Tiba2 aku rasa sgt tak puas hati.

Pada satu ketika kata DIA di Cameron Highlands.. aku suka ok, sbb fav spot aku..

Tiba2 kata DIA kekurangan $$ makanya layak di Vistana Hotel sahaja.. aku ok juga...

Tiba2 lagi, dan tiba2 buat sekian kalinya, di situ sahaja...oh sungguh dukacita khabarnya..

Kami hanya layak di sana.. apakan daya, kami2 ini hanyalah KULI sahaja..
bukan setaraf mereka..
yg layak travel dengan Business Class..
menginap di bilik hotel yg mahal2 (Suite dan sbgnya)..
Selayaknya kami disitu sahaja..
setaraf dengan kedudukan kami, yg serendah ini..

Kata DIA, kami harus belajar bersyukur,
Kita cukup makan, ada orang tak makan,
kita cukup pakai, ada orang tak cukup kain (seksi kot terjemahannya)
Kita selesa semuanya, ada orang nak tido pun merempat..

Ok, bersyukur ok.. kawan2 suma, aku nasihatkan ni, BERSYUKUR...

Alhamdullillah, bersyukur aku ke atas semua rezeki dan limpahan kebahagiaan yg telah dikurniakan olehNYA..

tapi aku tetap tak puas hati dengan DIA di atas...


Bilik Mandi di Grand Suite, Grand Borneo Hotel, Kota Kinabalu.


Mengenal Sahabat...

Lately, sukar untuk menilai seseorang yg dikenali itu sekadar dikenali, kawan atau sahabat..
Ada yang hanya kita kenali, sekadar tahu nama, pastu add dlm Facebook, bertanya kabar sedikit, sampuk menyampuk skit dalam wall dia..itu dikira dikenali..

Kawan pulak, dlm konteks, boleh share rasa, boleh citer skit2 hal-hal yg berlaku dalam hidup kita dalam satu-satu hari..

Sahabat, bagi aku, dalam diri aku sendiri, boleh dibilang dengan jari..
Boleh berkongsi rasa, boleh menduga jiwa..
Khabar baik dikongsi bersama, yang sedih, menangis juga..

Tapi kini, bersahabat di Facebook mengajar aku, bahawa sebarang perkongsian itu tidak lagi menunjukkan tahap keprihatinan kita, terhadap perasaan sahabat kita yg lain.. tetapi apabila berkongsi di Facebook, kadang kala membawa kita ke arah mengaibkan orang...

Dengan itu, belajarlah untuk share perkara2 yg tidak berkaitan dengan sesiapa pun, termasuk suami/isteri, anak2, ibubapa, sedara mara..

Dalam beberapa kes aku rasa agak terganggu dengan few video yg telah dishare oleh 'sahabat2 aku dan juga sahabat2 en.somi' yg aku rasa telah melanggar batas2 dalam rumahtangga, tatatertib dan kelakuan manusia..

Yang juga bagi aku SGT KURANG SOPAN...


Monday, October 11, 2010

Kota Kinabalu

Baru start keja ari nih.. takde mood langsung.

masih mood cuti, percutian yg best ke KK,
byk lagi rupanya tempat yg cantik dlm Malaysia ni,
takyah kita pegi jauh2 keluar negara..
dalam negara kita pun macam2 ada...

Kat KK, takde tempat shopping yg best..
yg seronok dekat sana, adalah scenery yg cantik2
tengok Gunung Kinabalu je pun dah best,
takyah pegi mana2 dah, dok menghadap gunung je..
rasa tenang je, sejuk je kat kaki gunung tu..

balik ke KK, terus dengan trip to Island,
pulau2 yg cantik, tapi paling cantik bagi aku dan bersih adalah SAPI instead of Manukan & Mamutik..

takde gambar2 yg aku nak tempek,
keindahan pulau2nya mestilah dinikmati sendiri.
gambar pun tak leh menceritakan kepuasan percutian aku ke sana...

yg pasti, aku mesti kembali lagi ke sana,
tapi kali ni nak try Tawau pulak, dekat dengan Sipadan island..
teringin nak jejak kaki ke sana...
asyik omputih je pi, kita bila lagi nak piiiii............