Ijab & Qabul Termeterai

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers

Sunday, January 3, 2010

Hari Persekolahan Farah Yang Pertama

Hari ni, 4 Januari 2010 (isnin), Farah 1st day p sekolah, bangun pagi nampak bersemangat, makan karipap sebiji, minum air teh, minum susu, pastu siap2 nak g sekolah...
Masa dok lintas jalan, aku ckp ngan dia, arini tak mo nangis dah, sbb dah pakai baju sekolah, bukan budak kecik lagi, dah jadi budak sekolah...
Farah jawab, "Leh naik bas sekolah tak?, naik bas sekolah, boleh jadi Geng Bas Sekolah"..
haih.. ke situ pulak dia... aku ckp, sekolah depan rumah ja, nak naik bas sekolah nak buat hapa..
Elok sampai depan sekolah, teacher pun sapa dia, "Good Morning, Farah", terus dia sentap, pegang baju aku..ingat dalam hati, alamat dah budak ni, kang nangis lagi rasanya.. memang betoi, cebik2 muka dia, sambil bukak kasut, masuk ja dalam sekolah, depan glass door, terus menitik ayaq mata, haiiihhh.. leceh betoi la..keja lak dok byk kat ofis ni...confim, aku kena extend cuti lagi...
Sorang teacher mai pujuk, tak jalan jugak..dok pegang baju aku tak mo lepaih..
aku slow talk, kata besok petang aku amik cuti, nak bwk dia p tengok Alvin & The Chipmunks... macam dah ok skit, tapi baju still tak mo lepaih.. Lepas 10 minit camtu, sorang lagi teacher mai teguq dia, ajak naik kelas, teacher kata nak kasik gula2.. aku pun tolak2 la dia masuk thru glass door tu.. ala-2 cam kekasih nak berpisah jauh gitu.. baju aku dia lepaih skit2... hahahaha.. terus naik tangga ikut teacher, aku pun terus balik..
Masuk ofis kejap, settle 1-2 benda, kui 11.00, balik amik dia, berdebar2 lak aku rasa masa dok tunggu tu, En. Somi, kata dia mesti tak nangih, aku lak rasa cam dia menangih..haihhh.. elok2 ja teacher panggil dia keluar, tengok dia tak nangih.. LEGAAAAA.....


Balik rumah, dia citer, dia nangih sat ja, aku tanya la, teacher buat apa bila Awah nangih, dia kata satu teacher kata 'HHAIIPPP", satu teacher lagi pujuk dia.. pastu dia tak nangih dah.. teacher ajaq kaler2, ngan tunjuk gambaq binatang...



Tengok bekas ayaq dia, tak luak pun, tanya dia, awat tak minum ayaq, dia kata teacher suruh kot, tapi dia tak dengaq... asyik main ja..

Kita tengok lak, apa citer besok dia p sekolah, harap2 sumanya ok...

2 comments: