Ijab & Qabul Termeterai

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, March 10, 2009

Farah Shazana

Buah hati mummy ni lahir pada 28.1.2005 ...
waktu mengandung tak de sebarang masalah. tapi bila kandungan umur 7 bulan, doktor cakap baby songsang... balik rumah, aku menangis.. takut bila doktor ckp mungkin kena c-zer... suami terus berniat, klu baby berkalih n dapat lahir normal, dia nak puasa... tapi takdir tuhan, aku tetap perlu di c-zer... so kami suami isteri pun decide tuk memilih hari Jumaat, 17 zulhijjah sebagai hari menyambut pemberian-Nya yang terindah ini...
aku dimasukkan ke wad pada hari khamis, kena rehat dan puasa, sblum pembedahan berjalan pada keesokkan harinya... pagi-pagi hari jumaat, aku telefon mak dan suami, pembedahan akan dijalankan pada pukul 8.00am.. tunggu punya tunggu, samapi kul 11.00am baru aku ditolak masuk dlm operation teater..

tepat jam 12.27tgh, lahirlah puteri kami yang sulung.. attitude semasa lahir sungguh menakjubkan... menangis sekali sahaja.. pastu dia terus bertenang... waktu di wad pada malam kedua juga, satu wad baby semua menangis.. tapi farah ku tidur dengan tenang..agaknya dia tau mummy dia sakit kot...

nama penuh yg diberikan : FARAH SHAZANA yg membawa maksud kegembiraan & yg pandai mengambil hati.. (memang pandai amik hati, semua orang jatuh chenta ngan dia termasuk la mamak kedai nasik kandaq)....

doa mummy dan ayah, moga-moga farah sentiasa diberkati-Nya.. jadilah farah anak yg solehah dan sentiasa menyenangkan hati mummy dan ayah...

nanti bila-bila ada feel lagi, aku menulis kisah putera kesayanganku pulak...

No comments:

Post a Comment