Ijab & Qabul Termeterai

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, September 2, 2009

Sahur...

baru2 ni aku ada terbaca posting dari sistas ku di alam maya,
nasihat dia : jgn tido selepas subuh, sbb tido selepas subuh mengundang kepapaan.
aku menerimanya nasihat tu dengan hati yg terbuka.. aku la tu suka sgt tido lepas sahur..
tapi sejak dari terbaca nasihat beliau, aku rasa betul jugak.. bila tido balik lepas sahur, malas betul nak bangun pagi, bila malas nak bangun pagi, sah2 la aku lambat mai keja, bila lambat mai keja, boleh kena tindakan buang keja.. so kan akan jadi papa tu...
jadi sebagai langkah awal yg aku amik tuk meningkatkan diri aku ke arah kebaikan, aku pun memulakan satu misi dan visi baru dlm hidup aku..
jadual baru sahur aku ialah seperti berikut:
4.30 am - bersahur
5.00 am - mula keluarkan perkakas jahitan, aku mula menjahit manik ke atas baju raya aku.
6.00 am - berenti solat subuh, pastu sambung jahit lagi
6.30 am- siap2 mai keja..
hasilnya, baju aku dalam proses tuk disiapkan. harap2 sempat la siap, lepas ni nak pulun jait manik kat baju farah pulak..
dan aku jugak dah mencatatkan rekod yg baik dlm senarai kehadiran aku. sejak aku stat amalan tidak tidur lagi selepas sahur, rekod aku hijau ja...
hidup aku jugak semakin cergas, takdak la dok lesu ja...
aku bersyukur ada sistas yg memberikan nasihat yg pada aku, sgt berguna, tuk dibuat bekalan pada hari2 mendatang..
tak rugi bersahabat dengan orang2 sepertinya..

1 comment:

  1. aku x tido balik pas sahur....biasanya..aku on pc....klu tido balik...alamat x p keje la jwpnya

    ReplyDelete