Ijab & Qabul Termeterai

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers

Sunday, August 2, 2009

PHD....

aku belajar tak tinggi, setakat diploma je. tu pun jenoh aku pulun nak abiskan.. pastu tak teringat dah nak sambung ijazah, hehehehe.. master atau PHD jauh sekali dari list cita2 aku.. (anak2 sila jgn contohi daku ye)

tapi topik ni takdak kena mengena dengan PHD yg bermaksud pencapaian tertinggi di dalam akademik...

PHD yg aku maksudkan adalah tahap pencapaian PERASAAN HASAD DENGKI yang wujud di kalangan masyarakat kita. Ni la yang merosakkan bangsa...

Kawan di pejabat aku, seorang mualaf, baru2 ni bawak few sample kuih raya tuk dijual, yakni setelah di rayu oleh kawan2 pejabat spesis aku, yang hanya suka makan kuih raya yang sedap2..

taun lepas dia bawak mai ofis kuih raya dari rumah dia, selepas hari raya, so bila aku dan kawan2 lain makan, terasa sungguh enak..hehehe.. so taun ni, kami ramai2 suh la dia tolong belikan atau soh dia tolong jadi orang tengah amik order.. boleh la dia pun amik komisyen skit.. tak kisah la..janji kuih raya umah aku taun ni sedap...

tapi tiba2 di suatu hari, dia dengan muka monyoknya mai tunjukkan surat kat aku.. surat layang.. bukan layang2 yg budak2 dok main tu..hak tu sungguh seronot.. tapi yg ni sungguh menyakitkan hati..tulisan dlm surat tu plak menggunakan slanga cina.. kesian dia. seolah2 dia di hina sbb dia cina.. aku sungguh kesian, pada aku rezeki masing2 la..mungkin orang yg hantar surat tu rasa, kawan aku ni dah potong line dia dlm biznes kuih raya.. tapi patut2 la..orang lain pun nak carik makan jugak..klu ALLAH dan tentukan itu rezeki, mesti la akan ada juga customer yg order dari dia.. tapi yg pasti surat tu tak melemahkan semangat dia.. aku pun sokong dia 100% sbb kang dia merajuk, rugi aku , tak merasa la nak makan kuih raya sedap taun ni...kohkohkoh...

so aku doakan semua makhluk tuhan dalam muka bumi ini, dijauhi dari perasaan hasad dengki, supaya kita sama2 dapat menikmati NIKMAT-NYA .. di dunia dan di akhirat.
..amin....

3 comments:

  1. setau aku ada sorang je mualaf di sitew kan

    ReplyDelete
  2. payah bila ada manusia phd dlm hidup kita...

    er... sedap sungguh ka kuih raya tu??? abih la diet aku raya nie!

    ReplyDelete
  3. intan ~~ ye, dia la yg telah menjadi mangsa surat layang itu..huhuhu.. tapi sedap betoi kuih raya dia..aku dah makan 4 balang dah..hahahaha... siyes..

    zonaku ~~ sedapppppppp.. nak share ka? jimat bajet daku..hahahahha..

    ReplyDelete