Ijab & Qabul Termeterai

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers

Monday, October 12, 2009

12.10.2009

Hari ni genap 11 tahun ayah aku pergi...

aku rasa....hhhhm.. sunyi...sbb ayah dah tiada untuk menyaksikan:

1) Anak2 ayah semua dah masuk Universiti.. cuma tinggal adik bongsu sorang yg sedang bertungkus lumus dok pulun study lagi di UM, yg lain suma dah grad, minggu depan lagi 2 orang nak grad..

2) majlis perkahwinan anak2 ayah, terutamanya anak ayah yg paling notty ni.. kawin dulu lak tu, langkah bendul & tunggul, tak sempat mewalikan aku semasa majlis perkahwinan aku, tak sempat jugak nak tengok calon menantu, selalu aku berfikir, setuju tak ayah dengan pilihan hatiku ini? aku sebenaqnya penah bertekad, andai suatu hari nanti bertemu jodoh, biarlah dengan jodoh yg ayah restui, tapi tak sempat, tuhan lebih menyayangi ayah..

3) tak sempat tengok cucu-cucu ayah lahir.. terutamanya Farah, cucu sulung dalam keluarga kami. Dalam membesarkan Farah, mak selalu ckp, "klu ayah hang ni, mesti dia ......" buat aku selalu mencuba tuk mendidik anak2 dengan cara arwah ayah.. yg paling berjaya aku rasa, Farah tak makan cikadiss @ junk food dlm ayat sofistikated, sesuatu yg menjadi pantang larang ayah dlm mendidik anak2..

4) Tak sempat merasa duit gaji aku, sesen pun aku tak sempat nak bagi ayah.. dan sebagai ganti, aku cuba tuk memenuhi apa saja permintaan mak, bawak mak p jalan2 ke mana yg mak suka, bagi mak merasa makanan yg mak teringin.. dan aku hanya mampu menyumbang kepada kenduri tahlil tuk ayah..

5) Tak sempat tengok aku menjadi semakin matang... sesuatu yang paling aku kesalkan..masa ayah pergi, aku masih lagi bersifat keanak-anakan, selalu melawan, selalu buat perkara-perkara yang ayah larang..

Sesungguhnya kita semakin menghargai sesuatu yang telah tiada, sedangkan kita abaikannya semasa dia di depan mata...

Semoga ayah ditempatkan bersama2 orang yang beriman..
Semoga ayah bahagia di sana..
Semoga suatu hari nanti, aku dapat berjumpa dengan ayah disana..

Al fatihah buat mereka yang telah pergi..


3 comments:

  1. semua fakta2 d atas adalah persamaan dgn aku..kecuali....arwah abah aku sempat tgok cucu2 yg lain wpun bkn cucu yg d lahirkan oleh aku

    ReplyDelete