Ijab & Qabul Termeterai

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, October 6, 2009

Kisah si Farah....

Hari sabtu lepas, daku dapat jemputan kenduri kawin umah staff aku..
aku ngan farah ja yang p, en.somi kerja, so faris tinggal kat umah la..
tak terhandle rasanya klu diusung kedua-duanya...
on d way, si farah ni asyik dok snap pic dia sendiri..
aku yg tengah dok drive rasa cam nak tergelak pun ada..
budak ni sekarang ni memang pantang nampak camera..
nak snap pic adik dia pun, mesti dia nak enterprem,
klu tak snap pic dia, nanti dia snap sendiri..
setakat ni kami laki bini puas hati la ngan hasil tangan dia..
kiranya p mana2 pun, dia boleh jadi photographer kami..
infact, waktu umuq dia 3 tahun,
kami p cameron highland pun dia dah jadi photographer tak bertauliah kami..
takyah susah2 suh orang tolong snap pic kami..hahahhaa...
tak la malu sgt nak posing bila anak sendiri yg snap...

mula2 gambaq kasut dia..

punya senyuummm...

aiikk.. serius la plak..

dia ngan kek nya..

kek harga RM3.90

dari hari besday faris lagi si farah ni bising nak besday kek..
dia pun nak makan kek jugak katanya, sedangkan kek faris aritu dia yg tolong abiskan..
faris makan secubit saja..amik syarat..hahahahah...
jadi tuk upah dia teman daku g kenduri, daku pun singgah la beli kek ni.. RM3.90,
pastu dia nampak la Sand Art, terus nak hak tu jugak..
daku pun beli la..
farah memang minat hal lukis melukis ni.. tengok RM5.00
masa nak bayar tu, nyonya tu ckp total suma RM18.90 ya...haaa.???
aku pun terkejut, tengok2 Sand Art tu rega RM15.00 yg 1 kat depan tu aku tak nampak,
nak wat camna, bayar je la..kesian lak tengok muka farah...
memang dia minat sgt ngan menda ni..
yg mahalnya Sand Art tu sbb hasilnya boleh dijadikan jam dinding,
jarum dia suma disertakan sekali..
arini tunggu ayah dia bawak balik bateri..dah boleh digunakan..
kira ok la ngan harga RM15.00 (dok pujuk hati ni)

2 comments: